Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers

Wednesday, December 31, 2008

Buruk~

Mak kata aku perangai mcm ayah...Mak kata aku pendendam sebijik mcm ayah...Aku terlampau byk mewarisi sikap ayah..Kenapa?Aku x suka dan aku tak ingin mewarisi sikap ayah...Mak kata aku terlampau degil dan x nak beralah...Aku tersentuh bila mak menegur aku mcm tu...Tp, bila berhadapan dgn ayah, entah kenapa nasihat mak hilang dari ingatan aku..
Kenapa aku tak boleh jd sepenyabar mak?Aku nampak adik byk mewarisi sikap mak...Jujur aku katakan, adik sgt baik..Boleh dikatakan dia agak kontra dari aku..Aku perlu belajar mengawal sikap aku..Sikap buruk aku dah terbawa2 ke pejabat..Di kalangan kwn2,hmm..aku pasti mereka pun dah malas nak ambik port dengan perangai aku ni..(Sorry ya kwn2...)

Kenapa?Kenapa aku mcm ni?

Thursday, December 25, 2008

More deals from MPHOnline

Got this email. More interesting deals offered by MPH. To kaki buku, check it out ya! I wish I have time to read book just like the good old days...sigh...


Selamat membeli dan membaca!

Wednesday, December 24, 2008

Stalker

Aku rasa aku mcm stalker...hmm....sbb?
Sebabnya, ada one person ni..aku selalu follow blog dia...until one day, blog dia x bole bukak because of server dia down.She's not using blogspot.Adalah website lain...So till then aku x tau apa cerita terbaru this person.Aku gigih google nama dia tp still x dapat kesan if she open up a new blog.Mustahil sgt2 kalau dia tahan x blogging sbb aku tau dia kuat blogging. Today, I google her name again.Aku pergi ke setiap link yg ada nama dia.I end up at this one stranger blog and found nama org yg aku cari.She started a new blog and disable search engine to find it.Tp aku berjaya gak dpt cari!!haha..seriously aku rasa cam stalker skang ni...

Tuesday, December 23, 2008

Banana Boat

Aku sgt teringin nak main banana boat...huhuhu..teruja ni!!!!


gambar sekadar hiasan..hehehe


Cant wait!!!

Sunday, December 21, 2008

Adakah aku rajin??

Look at this pic..adakah aku kelihatan rajin?Pic ni dah lama...cuma baru sekarang aku nak post..It just a candid pic taken by my teammate.To be honest, mmg masa ni aku tgh wat keje...hehehhe

So, adakah aku rajin?Ya! aku mmg rajin! muahahahaha

Saturday, December 20, 2008

Wedding is everywhere

This month and last month byk sgt wedding invitation yg aku dapat. Tapi x semua aku dapat pergi..Nanti aku akan upload more pics. At the moment, ada yg aku dah upload. So, sila la jenguk2 sini..

Moving

I am moving...from blogspot to multiply.This is because I think multiply offers more than blogspot. Luckily I can Cross post to blogspost which means everytime I update my blog here, it will be automatically update my blogspot. So, enjoy my new site.



Tuesday, December 16, 2008

Buy Books Online

Seriously, buy books online is much more cheaper than buy at the bookstore!! Boleh tak ada diantara buku2 yg aku dah ada kat pic bwh ni, harga lebih murah jika dibeli secara online? Hmmm...rugi pulak beli kat bookstore. But, I still prefer books at bookstore..boleh pegang, belek2 before beli..x gitu?hehehe

Buku P/S I love you sangat best ok! Thanks for the memories lak dah lama beli tp still x de masa nak baca...sigh...
Sape baik hati, belikan aku buku The Gift from Cecilia Ahern...hehehe..mahal la...

Monday, December 15, 2008

Singing

Suka Karaoke?

Try this site..Quite interesting..hehe..

http://www.karaokeparty.com/en/songs

Sorry ya..no malay songs la...

Sunday, December 14, 2008

Pra PAC (INTIM 12/12/08)

Sakit badan!! Tu je ungkapan yg aku boleh cakap. Honestly, PAC (or pra-PAC) kali ni tak sesusah yg aku pergi kali pertama dulu. Kali ni aku lebih relaks, tenang dan lebih konfiden. Sukatan kali ni lbh mudah. Cuma ada 3 aktiviti. Aktiviti 1 group discussion. Topik? Malaysia as my second home program is a lost or gain to Malaysia tourism industry? Aku pernah dengar Malaysia as my second home program tp tak pasti sangat syarat2 dan conditionnya. Nasib baik abg yg conduct tu diskas dulu pasal Malaysia my second home program sblm sesi bermula. Dia bg idea Malaysia as my second home program psl apa. Lps tu baru dia bg full topic and we start to discuss in English. At the end of the session, abg tu mintak sorg peserta ni buat conclusion mungkin sbb dia kurang participate dalam discussion tu.

Aktiviti 2 lebih kepada debat. Tp bukan debat ala parlimen. Kali ni debat yg lebih mudah. Masih ada pencadang dan pembangkang tp x perlu ikut protokol parlimen. Topiknya Rukun Tetangga adalah lebih baik dari Sistem Kawalan Keselamatan Berteknologi Tinggi. Aku dipihak pencadang.

Aktiviti 3 adalah aktiviti padang. Boleh tak INTAN tak sediakan bilik utk tukar baju? Aku kena la tukar baju dekat toilet (toilet bersih, nasib baik)..Solat dekat surau. Peserta wanita ramai sgt dan bayangkan ruang solat muslimah kecik je. Belasah je la. Dengar cerita, semlm hujan dan aktiviti 3 berlangsung kat dewan. Malangnya, hari ni cuaca panas terik. Kena la pergi padang bola sepak tu. Mmg sangat2 panas. Mula2 start dengan senamrobik. Dua lagu; Aspalela dan 1 lagu Hindi. Kena create step senamrobik dan kami mmg dah dibahagikan dalam kumpulan. Aku mmg tak reti langsung nak reka step dan jadinya aku x participate sangat dalam memberi idea. Habis potong markah. Lps habis senamrobik 2 lagu, kena buat 5 senaman asas. Kali ni mmg tough sangat. Pertama tepuk lalat 90 kali, kedua lompat bintang 30 kali, yg ketiga ni aku x ingat amende tp 30 kali jugak, keempat sit up 20 kali dan terakhir pumping (betul ke eja?) 20 kali. Aku tak buat yg terakhir tu sbb aku tak tau tu yg terakhir..Dia cuma sebut senaman kelima dan aku bajet ada lg lps tu. Masa tu aku rasa nak pitam.Keliling aku, aku dah nampak gelap. Org pun aku dah nampak kabur. Cuaca panas terik. Masa senaman ketiga aku dah rasa mcm tu tp aku paksa diri sbb aku tau aku dinilai. Tp yg kelima ni aku dah tak boleh sangat dah. Badan pun dah rasa sejuk dah. Aku tak nak menyusahkan org kalau tiba2 aku pitam kat situ. Lebih baik aku quit sblm apa2 jd. Sedih sangat sbb tu senaman terakhir..mmg rasa sangat2 kecewa. Nampak gaya xde rezeki la aku nak dapat PTD. Lps quit tu, mmg aku amik masa nak pulihkan diri aku. Lama jugak la aku duduk sbb aku masih nampak sekeliling gelap dan kabur.Ni la jadinya kalau badan x fit dan jarang bersenam.

Kalau ada rezeki, ada la..Takde rezeki, cuba je la lg.

Nak cerita ni kenapa dia panggil Pra PAC. Sbb ambilan PTD kali ni adalah secara kontrak 2 tahun. Dalam tempoh 2 thn,kena habiskan 6 module dan perlu lulus.6 module tu termasuk PAC, DPA dan 4 module lain. Lps tu barulah dilantik tetap. Susahkan sekarang ni?

Aku amik MC 12/12, Isnin lak aku mmg dah apply cuti 2 mggu lps.Masa aku apply tu, aku tak tau ada Pra PAC ni..Confirm Selasa ni aku kena marah sbb aku ada byk report nak kena buat masa 12/12 tu..hehehe…Dah la opis call, aku x dapat jawab. Masa tu tgh assessment, takkan nak jawab kan? Lantak la..belasah je nanti..

Habis pra PAC, aku gi rumah pakcik aku kat Kuala Berang. Ayah aku pergi Sg Lembing, dia ada hal kat sana. Jauh rupanya Kemaman ngan Kuala Berang.2 jam lebih perjalanan.huhu..Esoknya, pakcik aku hantar aku, mak dan adik gi Kuala Besut lak..Another 1 and half hour journey. Letih!!! Ptg tu pulak gi Kota Bharu tgk nenek sedara aku sakit. Tu pun 1 and half hour journey. Mlm aku tidur awal and off hp sampaikan S call pun x dapat..hehe..

Patutnya nak blk KL Ahad mlm, tp xde tiket pulak.Terpaksa la blk Isnin mlm..Selasa pulak pagi2 nak pergi kerja..Alahai penatnya…

A phone call

I received a phone call from a long lost friend. Not a really long lost friend. Cuma dah hampir setengah tahun tak berhubung dengan dia. Let me just name her S. Sebelum ni, ada juga dikalangan kawan2 aku yg bertanya khabar tentang S ni. Tp tiada siapa yg tau status dia dia sekarang. Perkara terakhir aku dan kwn2 aku bincangkan mengenai S ialah mengenai gambar S di Friendster dan status dia sekarang. Masa tu gambar2 S dekat friendster telah menimbulkan spekulasi diantara aku dan kwn2 aku. Hmmm…kitorg dah kenal S since matrik dan mmg agak rapat dengan dia dulu. Jadi segala kisah2 mengenai S mmg menjadi sentiasa kami sibukkan. (Kalau dah perangai suka menyibuk ni, mmg susah sikit nak ubah..hehe) Hmm… apa yg kami speku kan masa tu? S dah x letak gambar dia dengan bf dia. Speku kami? S mungkin dah break off dgn bf dia.Ada lg, S letak gambar terbaru dia..yg menambah kontroversi, tak bertudung..Gambar tu sedikit kabur(memamg sengaja dikaburkan tp kami bertiga masih boleh mengecam S)Speku kami? S mungkin dah free hair sekarang ni..Takpe lah..tu pilihan dia.Cuma aku sedikit ralat kerana bgku, setiap insan perlu berubah kearah kebaikan bukan sebaliknya. Sekali lagi, itu pilihan S... Maybe there is a reason why she did it...

Back to the phone call... She called me last night but unfortunately I switched off my hp sbb tgh charge masa tu. Kebetulan aku tidur awal sbb letih sgt travel masa siang tu. Bila aku on je hp pg td, I received a lot of incoming text messages telling me there is a missed call from this number. Bila aku call blk, it appears to be S number. She then calls me around 12noon. Borak2 la kejap dgn S..Almost 45 mins jugak la kitorg berborak.

Segala speku2 yg di’bincang’kan dulu adalah benar2 belaka. S breakup dgn bf dia bln 5 lps. Let me call her ex-bf as H. Since then, S mmg tak kontek semua kwn2 UIA. Aku x pasti kenapa. Dia kata mmg sengaja nak menghilangkan diri sekejap. Punca S breakup? Sbb parents H tak suka dengan S.Kesian jugak dekat S. Lagipun S bercinta jarak jauh. H kerja dekat oversea dan S di Malaysia. Dan H sebenarnya jumpa org lain kat oversea tu. One month after the breakup, H kahwin dgn org Malaysia tp bekerja sama dgn H kat oversea tu. Lepas raya puasa, H blk Malaysia tp without his wife. Dia kontek S, ajak jumpa. S kata dia dah malas nak jumpa but he insist to meet S. Kononnya H masih sayang pada S tp yg musykilnya, kalau dah sayang kenapa kahwin dgn org lain? Parents H tak suka S sbb kononnya H tiap2 bulan bg duit dekat S. Belum kahwin dah bg mcm2. S kata dia sanggup bayar blk duit2 tu semua, tp H taknak. Sekarang ni H dah blk ke oversea tp masih lg menghubungi S dan mengucap kata rindu.Cewaahhh..hehehe.. Aku kata pada S, kalau betul H sayang dia, H patut pertahankan dia dulu.He shd not flirting kat oversea tu sbb kata S, H mmg byk flirting kat oversea tu. Mungkin S tiada jodoh dengan H and she accept it. S sekarang ni dah couple dengan org lain. One year younger than her and she is happy right now. Beria dia suruh aku tgk gambar baru dia dan bf baru dekat friendster. Hmm..nantilah..aku sekarang ni dah kurang berminat dengan fiendster. Bukan friendster je,facebook pun aku x minat sangat dah.

S sekarang kerja di HP as call centre executive. Mmg selama ni dia keje as call centre. Sblm ni dekat HSBC, lps tu Genting, then to VADS and now HP. Gaji masyuk and she don’t really mind. Tp S ada bgtau kalau boleh dia nak buat akaun balik but the problem doing accounts means she will get lower pay. I have to agree kata2 S. Kalau nak buat akaun, kita kena mula dari bawah dan mendapat gaji yg lebih rendah dari yg kita dapat sekarang ni...

S ajak aku jumpa bila2 ada masa nanti..Kata S, dia selalu ke One U tu..lps tu siap pesan kalau jumpa dia nanti, jgn terkejut pulak sbb S sekarang ni dah freehair. Aku tak terkata apa and again its her choice.

Sempat la aku update S siapa yg bakal naik pelamin tak lama lg dan siapa yg dah pun naik pelamin. Asyik cerita pasal org lain, aku sendiri takde cerita yg aku nak update S. Bosan betul hidup aku!!

Pada siapa2 yg baca post aku ni, pls don’t ask me siapa S. Kalau nak teka, teka la.Aku x akan bgtau siapa S. Mungkin ada diantara korg dah boleh tau siapa S. Sorry ya, aku x boleh bgtau. Cuma aku rasa nak cerita kat sini je.

By the way, masa S call aku..Dia kata dia baru bgn tidur tp masa at the end of our conversation, aku terdengar suara lelaki.Pls Ina, jgn fikir bukan2!!!!!Mungkin aku tersalah dengar…



Friday, December 5, 2008

**TIRED**

I am so busy lately and I dont have time to update my blog...*sigh*
Moly is on marriage leave for two whole weeks and I'm being her backup doing all the stupid tracking logs for Australia, HK and Taiwan!!!!

I'm so worried about PTD thingy and I felt that I wont pass the assessment...

**Sigh! Sigh! Sigh**

Dah 3 hari berturut2 blk lewat..Raya haji aku keje.. :(

Radi lak cuti Raya 2 ari...kena back up dia pulak!!

Nak study for PTD tp sangat malas...Baru baca sikit buku Malaysia Kita dah sgt ngantuk!!!

But, despite with all the silly and stupid and stressfull things happen in this week...I've got the chance to see a miracle...It's the smiley moon...

Seriously, gambar ni x secantik apa yg aku dapat saksikan malam tu...aku nak amik gambar, tp mcm x cantik dalam camera so aku delete..Gambar atas ni dapat from paper Berita Harian...

Masa aku tgk this smiley moon, aku sms Kay and Hib..Unfortunately, both of them missed it.. :(

Allahuakbar!Allah Maha Besar!!

And by the way, pls pray for my PTD...Aku nak sgt2 blah from IBM...Seriously I cannot stand anymore..Almost crying tp nasib baik Saly dtg kacau aku ptg td...kurg sket tensi tu...Thanks Saly :)

Next Monday mati la aku...Nak wat my own work, nak wat keje Moly and nak kena back up Radi and I'm working from home!!Nak mampus masuk ofis that day?Kena parang ngan ayah aku nanti!!!huhuhu... (This is another reason nape aku nak sgt blah from IBM!!!!!)

Pls,pls,pls...pray for my success in PTD assessment on the 12th dec....

Selamat Hari Raya Aidiladha....

Sunday, November 30, 2008

Good Bye November, Hello December..

Last day of November..x sangka cepat betul masa berlalu...dalam hampir setahun ni..mcm2 hal terjadi..pahit manis sume ade...aku rasa plg manis setakat ni ialah perhentian trip aku masa bulan julai hari tu..Really hope for another kecoh trip yg macam tu.. :)

As my previous post, aku dapat PAC ptd masa 12/12..malangnya, aku kena gi education+training+test utk jd certified SOX tester utk APCC IBM..camne ek nak buat?attandance is mandatory (dah lbh dari compulsory dah)..ada org suggest suh aku amik MC...patut ke?

H.E.L.P...

BTW, nak share gambar masa gi wedding Amy semlm...comot tol aku smlm..pagi2 dah gi pantai dalam attend akad nikah along anak pak lang...tghari gi wedding amy..singgah solat kat masjig gombak setia...lps solat nak touch up and shoot!aku terlupa bwk compact powder...so redah je la majlis org comot2 camtu...hahaha

Photobucket



kami masih bujang.. :D

p/s:aku rasa tajuk topik ni cam xde kena mengena ngan ape yg aku bebel ni..hahaha..lantak la..it's my blog!!!


Saturday, November 29, 2008

PAC

just checked in SPA website, my PAC will be on 12/12/08 at Kemaman, tganu..

just like my 1st time PAC dulu...adakah result aku akan sama mcm dulu?(pls no)

Well, back to tganu la aku ni...

Why la they choose 12/12?It's mean I cannot attend Nida's wedding la on 13th? *sigh*

Aku harap sgt2 aku lepas kali ni...Ni la peluang aku nak melepaskan diri dari IBM...

Please pray for me...

Friday, November 28, 2008

Observation

Situasi 1
Miss A keluar meeting room dgn kelam kabut..Ada phone call so cepat2 Miss A keluar bilik.Kasar betul cara dia bukak pintu...
Masuk je bilik, Mr X kata,"Kasarnya..Lembut2 la sket..Kalo i jumpa u dulu,pening kepala i dgn u ni..."

-> What do Mr X mean by jumpa?

Situasi 2
Miss S : Esk nak pakai skirt la..Miss A, jom pakai skirt...
Miss A : Aku x pakai skirt la...
Mr X : U pakai la...I belikan nak?
Miss A: .....................

Situasi 3
Miss S : Susah nak wat keje kalo partner jenis x buat keje......(merungut..)
Mr X : A, nasib baik kita ada chemistry kan?
Miss M : Whoa..tu dah bunyi lain tu...

Komen?

Tuesday, November 25, 2008

Cover Album :)


curi from blog Kay..hehehehe

Monday, November 24, 2008

Today..

Today is sucks!!!

My lotus notes keep not responding, my lotus sametime pon same...
Asik hang je sume mende...dah tu ada issue lak with Manager kat Aussie...My manager kat sini dah mcm2 soalan tanya as if I'm not doing any work..

But, if aku wat keje, nape aku bole update blog lg?

Sbb,my Lotus notes is hang again!lalalalala...

Walaupun arini sgt teruk, I received this cute little cake from Ita..



It does cheer me up for today. Thanks Ita.. :)

Sunday, November 23, 2008

Untitled

I hate my self and I hate my life!!!
Damn it!!
Why life is so complicated???

Saturday, November 22, 2008

I am 25 today...

Happy birthday to me and happy birthday to Novi who shares the same birthday with me...As usual, x ramai pun yg wish..I dont really mind sbb aku sedar aku bukanlah org yg popular dan bukanlah org yg diingati...This year birthday just the same like previous years.By the way, thanks for the wishes pada sape2 yg dah wish aku. It mean a lot to me.. :) Really appreciate it..

Dah 25 thn aku hidup dimuka bumi Allah ni.Mungkin dah tiba masanya untuk aku lakukan perubahan dalam hidup aku?Aku cuma mengharapkan yg terbaik dalam hidup aku. Aku harap Allah mempermudahkan jalan hidup aku dan aku harap aku jadi seorang insan yg solehah. Amin..



Your Birthdate: November 22



You tend to be understated and under appreciated.

You have a hidden force to do amazing things, doing them your own way.

People may see you as strange and shy, but they know little.

Your unconventional ways have more power than they (and even you) know.



Your strength: Standing up for what you know is true



Your weakness: You tend to be picky and rigid



Your power color: Silver



Your power symbol: Square



Your power month: April





blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, November 20, 2008

The amazing race asia 3 dah abes!!!


The amazing race asia (TARA) 3 baru je abes dalam 10 minit td..Agak kecewa bila Ida dan Tania sekadar mendapat tempat ketiga tp aku bangga sgt dengan diorg ni..Both Ida and Tania having so much fun in the race. Me as a viewer and fan, I can feel the joy of the race brought by Ida and Tania.. :)

Dah byk spoiler yg aku baca. Ramai yg meramalkan Geoff & Tish will win.As a proud Malaysian (hehehe), of course I choose Ida and Tania to win apetah lagi rekod diorg dalam race ni mmg ok...Until one day, I found one Sony ad in youtube starring Sam and Vince from HK team. Kalau diikutkan season lps, the winner of TARA will got the chance to act in Sony ad (Collin and Adrian from Spore team)..So, sedikit sebanyak aku dapat rasa Sam and Vince yg menang TARA 3...Akhirnya, ramalanku benar belaka...huhuhuhu

Here is the Sony ad by Sam and Vince...


Overall, the result is

1st : Sam and Vince (HK)
2nd : Geoff and Tish (PH)
3rd : Ida and Tania (Malaysia team :) )

Walau apa pun, aku tetap bangga ngan team Malaysia..Hope next year, team Malaysia boleh merebut takhta juara yg pernah dipegang oleh Zabrina and Joe Jer masa TARA 1 dulu..

Habis la hari Khamis aku..dah xde cite nak tgk..Boleh la mak aku layan cite Puaka Rapik2 tu kat TV3(x ingat apa tajuk dia sbb aku x layan cite nih)...



blogger-emoticon.blogspot.com

Laskar Pelangi

Aku sangat susah nak suka pada lagu indonesia..Tp lagu ni..hmm..ntah kenapa aku suka sgt..Rasa sgt happy bila dgr lagu ni.. :)

Enjoy the clip...

Nidji - Laskar Pelangi

Wednesday, November 19, 2008

Shida's wedding 15/11/2008

Last weekend aku gi wedding Shida and Wahid kat Dewan Masjid Salahuddin Al Ayyubi Taman Melati.Lepas anta mak gi keje, terus aku gi wedding ni..Yati ngan Anis sampai awal sikit dari aku.Masa aku sampai diorg ni tgh makan. Nasib baik pengantin lum sampai lg.. :) Sempat main2 jap ngan Safiya..Seyes tembam tol Safiya ni...

Rozai sampai dalam 15minit lps aku sampai.Kasut Zara tercicir, cam cinderella lak..hehe..

Masa tgh makan, pengantin sampai..Kitorg satu meja tertumpu kat pengapit Shida..tak lain tak bukan Cik Intan Rahayu aka Kay-u..Wah...lain gila Kay-u skang ni ek..hehe..Kay-u dah overshadow Shida...isk3x..sume duk bg komen psl penampilan baru Kay-u..

Biasa la kan, kalau dah duk berkumpul ramai2 tambah lagi dengan dah lama x jumpa, mmg mcm2 cerita keluar.Masa ni la update cite kwn2 and as usual aku yg takde cite baru nak bgtau.. :(

Lps makan and borak2, its gambar time.hmm..unfortunately, aku x dapat amik byk gambar sbb batt aku kong...dapat la amik masa awal2..Gambar ngan pengantin guna camera Ayied..

Cam tak caya je budak kecik ni dah kahwin..hehe..Rasa cam baru lg kenal dia..Rasa cam baru lg gi kelas sama ngan dia masa matrik..Rasa cam baru lg dengar dia nyanyi kat toilet Khadijah College..Masa terlalu cepat berlalu kan???


blogger-emoticon.blogspot.com

Wednesday, November 12, 2008

Half day yg bosan

Hari ni aku half day..Saja je..xde agenda apa2 pun...Sengaja apply cuti, aku dlm proses nak habiskan annual leave aku. Aku bukannya keje govt atau private company yg boleh nak carry forward cuti.Ambil pengajaran last year bila annual leave aku ada baki 4 hari dan burn camtu je.Nasib baik manager aku being so considerate masa tu.Dia bg aku forward half of the remaining cuti tu.. :)

Around pukul 12 aku kemas2 meja nak blk.Itupun teammates aku sibuk duk halau aku balik.Sume duk bising bila aku nak blk.Haih..beriya nak halau aku ek...Keje pun x la banyak sgt so aku cam senang hati nak go off...

Sampai rumah dalam 1230.Aku sempat singgah beli nasi beriyani 3 bungkus (for me, adik and mak)..Mmg lapar gila, dari pagi x makan..Duk teguk air mesin je..Lps makan, tgk tv, then around 130 mak blk (mak pun half day arini..hehehe)...aku layan la tgk tv (bole tak aku layan diari AF3?huhuhu..seyes masa ni Mawi nampak sgt blur je...isk3x..nak kahwin dah mamat ni..)

Pastu aku naik ke bilik, baru perasan ada missed call and a message. Cik Hibby rupanya.borak jap ngan dia then aku online jap sbb aku lupa set 'out of office' kat email aku..Nasib baik bawak blk thinkpad ni..kang x pasal2, ada je org escalate kalau aku x reply emails. Then aku tertido (online atas katil, terus tertido without shutting down my thinkpad..)

~~Bosankan half of my day?hahaha~~

Bgn tido, rasa sgt bosan. Aku pun selongkar purse buruk aku. Tgk la segala macam resit dalam purse tu.Bank receipt, jusco receipt, makan receipt dan segala mcm receipt. Patut la purse aku gemuk je...bukannya sebab byk duit, tp byk resit yg selayaknya berada dalam tong sampah!! Sekali aku tgk lesen..alamak!!lesen aku dah mati!!!!! Selama 12 hari ni aku memandu dengan lesen yg dah tamat tempoh ok!!Macammana aku bole lupa ni?Adui la..isk, kalau la aku selongkar purse ni awal2, bole je tghhari tadi gi post office jap renew lesen ni..Camana ni ye?Susah hati je nak drive kalau macam ni..Dekat OU ada post office, tp setau aku tak boleh lagi nak renew lesen kat situ..hmm..not quite sure if we can right now...Lesen ni pun, nak expired masa aku broke..Dah la gaji November ni dapat sikit je..

huwaaa...bila nak renew?Adakah aku akan dapat kunjungan 'mesra' dan 'surat cinta' dari encik polis???Mula la nak cuak padahal masa lesen hidup, ok je..Masa lesen mati camni la mula fikir yg bukan2....Kalau la IC ada tarikh luput jugak, aku rasa mesti aku tak sedar IC aku dah expired..I think I need to be more organized.....








blogger-emoticon.blogspot.com

Saturday, November 1, 2008

SMS 725 pagi....

"Slm.sharina.ko mrh aku lg yea.
aku mnta maaf.em.aku just nk
inform.aku da dpt baby boy
pg td.alhadulillah.sakit wey.
mcm nk mati.harap2 kalo aku
mati pun ko maafkn aku..."
My reaction?terkedu aku bila dpt sms ni pukul 725 pagi tadi! sesungguhnya aku sgt merindui B.She is my besfren. tp aku masih belum boleh nak berkwn dgn dia blk atas insiden dulu tu...B, aku dah lama maafkan ko...cuma nak berkwn mcm dulu tu,susah sikit..ko bg la aku masa..Congrats for your new born baby..ko dah ada life sendiri...x perlu fikirkan aku lg..kini, giliran aku meminta maaf...sbb satu pun mesej ko aku x pernah bls slps insiden dulu..aku cuma mampu memohon maaf disini..aku sentiasa doakan yg terbaik utk ko...(gosh, why shd I cry??)

kenapa aku ni?kenapa ina...pls...do advise me what shd I do?....

Balik Kampung 23 - 28/10/2008

Setelah lebih sethn x blk kampung..akhirnya aku blk gak masa 23 - 28/10 tu (eh..salah..masa...Julai aku penah blk kg jap..masa nak gi Perhentian..hehe) book flight masa bln dua lg..masa tu ada promotion tambang singgit...aku grab je la..total pergi blk utk 3 org from KL to KB = RM312.30... Kira murah la tu...ayah x nak blk...even dah byk kali aku offer nak belikan..dia still x nak...

Aku apply cuti 3 hari...on 23rd,24th and 28th...27th mmg dah cuti..cuti deepavali..Sebelum nak blk kg tu..mak aku dah call adik2 dia..suh gi amik kat airport, pastu siap suh diorg carikan keta satu utk kitorg...senang nak bergerak, takde la nak susahkan diorg nak gi mana2...aku plak dah plan mcm2 tpt nak pegi..ever since aku resign from merang, x penah aku gi lawat diorg...

Ayah anta aku, mak n adik ke LCCT..Flight dalam kol 1 lbh...pagi tu..aku sempat la online kejap..releasekan mana2 invoice and reply mana2 email yg urgent..Risau gak nak suh partner aku backup..dia pun kategori baru lg wat keje tu..and this is the longest leave I ever taken setakat ni..so mmg risau la..and just imagine, aku bwk laptop skali blk kg..sib baik la it can fit in my handbag...sib baik kecik..kalo dpt laptop besar camne?

Sampai KB dekat kol3..masa tu Ayah Ngah x sampai lg..duduk je tunggu dia dlm 10 min camtu..Dia sampai je trus dia ajak gi mkn.Kitorg gi Restoran Hover.Masa masuk kedai tu,aku rasa biasa2.Rasa cam xde la yg special pun sampai la bila dah duduk, tiba2 org kedai tu x henti2 letak lauk kat meja kitorg.Aku rasa aku x nampak pun mak atau ayah ngah order apa2...Sampai penuh lauk semeja ok.Aku tergelak je tgk..Mak siap pesan, amik lauk jgn byk sgt..Asalkan kita amik sikit je pun lauk dalam pring tu, dia caj..So mak suh pilih siap2 nak lauk mana..Aku x makan langsung sebab...Aku puasa!!!hohohoho...Masa tu puasa nam hari kelima..Mak kata nak buka, buka la..syg la nak buka..masa tu dah kol 3 lbh dah..so aku tgk je diorg makan and amik2 gamba lauk penuh semeja ni.. hehehe :)


Aku nampak la org2 dtg kedai ni tapau lauk..bole x dia beli 5-6 jenis lauk harga RM5?isk...kalo lak KL camtu...hish, bahagia aku tau!!!Tu kalo lauk tapau la...yg mak aku makan ni..plus lauk paru goreng tapau total RM32..hoh!!Mahal la plak...Mak kata, kalo kita suh org lain lak kira, lain lak harga dia..isk, pening aku...

Pastu, kitorg gi Pasar mende tah..aku x ingat nama tapi bukan Pasar Khadijah..gi survey kain batik sutera, ayah kirim suh mak belikan. Jenuh gak survey cari yg mcm ayah nak..suma x berkenan di ati..masa jln2 tu..nmpk lak kedai ni...hmm..bila plak IBM tukar business nature dia?hehehehe

Fashion IBM??

Pastu blk Kuala Besut,kitorg sume bertabuh kat umah Ayah Ngah. (area Kg Raja) Mmg penat gila.Planning dah mcm2 ni.Kak Rihan dah msg aku dah smpai ke belum.Rindu sgt kat dia..Aku plan nak pegi Merang on Saturday, sekali jalan nak gi umah Che Lah kat Kuala Berang..

umah Ayah Ngah (geng perhentian penah dtg dah hehe)

On Jumaat, mmg sakan la berjalan, apetah lagi ada keta lak..Panjang langkah kitorg.x de la nak tunggu adik2 mak anta kitorg gi mana2..kesian kat diorg pun.Masing2 pun ada hal sendiri nak kena uruskan.Mmg mak jd co pilot aku.aku mana ingat sgt jalan kat sana..Hehehe..Pegi pasar minggu kat sana.Aku penah bwk geng2 perhentian gi sini dulu. Dalam duk survey sana sini..aku beli kasut ni..comel kan?Murah je ni.. :)



adik poyo je ni


Byk gak umah sedara mara kitorg gi.Dah raya x blk, so masa ni la nak gi lawat suma sedara yg ada.Tengahari blk umah Poksu, makan nasi kat sana.hehe..pergh dapat lak ikan bakar and budu..(am not big fan of budu, tp mkn la jugak sket2 bila blk kg)

Pagi Sabtu, bwk satu beg je..barang2 lain tinggal umah ayah ngah.Nak gi area Kuala terengganu lak..K.Besut to K.Terengganu takes about two hours driving.Singgah amik cousin aku dulu kat umah Poksu sbb dia nak ikut.Budak dah abes PMR,baik jln2..so adik aku syok ah dpt geng.ceh! Disebabkan aku nak singgah Merang, aku ikut Jalan Pantai..mmg bosan jalan dia. Ni kalo mlm2 lalu jalan ni mesti seram sbb xde lampu jalan pun. Sepanjang aku keje kat sana dulu, aku x penah pun travel dari. K.Besut to Merang mlm2 sbb takut gelap sgt..hehehe..

Cuaca sgt panas ok.Yg banjir kat area utara Msia, yg pantai timur panas terik..pelik2..hehe..sampai je Merang Suria Resorts, aku call Kak Rihan suh keluar jap,tp dia suh msk..err..bole ke?lgpon cam segan je nak masuk dlm..last2 masuk gak..mak and yg lain2 tggu dlm keta..dah ajak, diorg x nak..Lepak kejap je..aku rasa x sampai setgh jam pun..amik gamba sket2 sbb masa resign dulu x amik gambar..kena tego ngan Pn Zaharah,"Nurul, bakpe mu gemok sgt?" huhuhuhu..aku jwb, senang ati keje kat KL (senang ati ke aku????). Kesian Kak Rihan, cam kecik ati aku x dpt singgah umah dia..Masa tu kol 11 lbh..dia blk keje kol 1..Che Lah lak dah on the way from K.Berang gi K.Terengganu..nanti dia tunggu aku lama lak..Sorry yer kak rihan, insya allah next time ina gi umah kak rihan tgk baby...

Me and my beloved Kak Rihan

Me and the gossip gang (Kak Ita, Kak Chah and Puan Zaharah)

Then terus gi KT..another 45mins journey from Merang..Che Lah tunggu dpn Library and Mydin. Sib baik aku ingat lg tpt2 ni..kalo x haru gak nak cari Che Lah. Terus gi Pasar Payang. Kat sini lg cantik2 batik dia compare to Kelantan.Lg byk pilihan..dan akhirnya kami berjaya beli 2 pasang kain batik kemeja utk ayah..susah tau dpt ayah cerewet ni..risau gak yg aku and mak pilih ni dia x berkenan nanti...Alhamdulillah, ayah x komen pape bila mak bg kain tu..

Pastu gi Taman Tamadun Islam (TTI) .Masa aku resign dulu, TTI lom siap lg so aku grab dia opportunities gi sana kali ni.Skali kena byr RM10 per person nak msk. Terus x jd lagipon dr luar dah leh nampak suma replika2 bangunan tu..So kitorg trus jln gi Masjid Kristal. Amik gamba kat situ suma and tunggu Che Lah solat zohor kat situ. Naik TRAM pusing2 area TTI cuma x msk kat kwsn replika bangunan tu. TRAM ni RM2 je per person..dia ala2 train la..slow je dia gerak.


my sis and the cousins(shahmin,ratu and adik)

me and my cousin (shahmim) dlm TRAM

Adik, Shahmim, Ratu, Che Lah and Mak

Che Lah tanya, nak gi mana lg?aku dah surrender sbb dah penat sgt dah..Dia suggest gi makan dulu then blk K.Berang. K.Terengganu to K.Berang takes about one hour journey. Mak duk bising2 nape la Che Lah wat umah jauh2...Sampai umah Che Lah, nmpk lak adik ipar Che Lah.Masa aku keja sana dulu, dia penah la gi amik and anta aku ..Sgt susah nak dgr dia bercakap..ada emas kut dlm mulut dia..Even mak dia penah tanya aku. dulu.ada borak2 x ngan Kuan?aku ckp xde..senyap je...huhuhu...muda sethn dr aku...adik gatal tau..turun je keta terus tanya aku..sape tu kak?aku gitau la..tu adik Makcik Yati (wife Che Lah)..ensem ar kak..ceh...gatal tau budak ni!!!

Stay 1 mlm umah Che Lah...aku mmg tido awal..dah x larat dah..penat rupanya drive ni..esk pagi2 nak blk K.Besut dah..hadui la...aku dah siap pesan sume org..kol 10 nak blk..x nak lewat2..panas..sume kena ikut sbb aku driver..muahahahaha...

Pagi Ahad, bertolak blk ke K.Besut..2 jam je perjalanan..Che Lah ajar suh ikut Setiu..so save 1 jam la kat situ..kalau ikut Jalan Pantai, mau 3 jam..Ahad and Isnin sesi gi umah sedara suma..gi Pasir Putih..gi blk K.Besut blk..bli kopok lekor..penat seh..

Selasa ptg nak blk dah...gi umah Poksu sbb Poksu yg anta kitorg gi airport nanti.Poksu kata ni beli brg byk2 nak wat meniaga kat KL ke?hehehe...sekotak besar brg beli nak bwk blk..Mostly kopok la dlm tu sume..

Mmg best la blk kg kali ni..merata berjalan..puas ati gak la..hehehe..x tau la bila nak blk lg...Insya allah..ada rezeki blk la lagi ... :)

ni la keta Ayah Ngah yg aku lenjankan :) thx a lot!!

Friday, October 31, 2008

Nak pergi?

Someone is thinking to move... :( sedey la plak...sorg2 tinggalkan aku...

kpd yg berkenaan, sila la pikir balik....huhuhuhu..kesian kat aku...

Friday, October 24, 2008

SnAp!!

Bought a brand new camera...dah lama usha...hehehe
last yr bought my self a 3G handphone, this yr camera..next yr??hehehe..ada la...

ni ade gamba my new camera and my old skul camera...using my phone camera... :)

my old camera...dpt camera ni as my present for my UPSR result :)

my new camera :) Canon Digital Ixus 80 IS

Both camera from front view

back view


Still sayang camera lama...byk memori..my own camera without sharing with anybody...lgpon hadiah from my parents :) dah 13 thn dah camera tu...

Tapi, as time flies..as the technology become more advance, aku akur pada peredaran zaman..alang2 beli, baik beli yg aku rasa betul2 puas hati..aku bukan nak pakai utk 3-4 thn je...quality comes first!!!

hehehe..seronok ni ada camera baru.....thanks to Saly and Ita sbb temankan aku.... :)



blogger-emoticon.blogspot.com