Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers
Daisypath Vacation tickers

Sunday, December 14, 2008

Pra PAC (INTIM 12/12/08)

Sakit badan!! Tu je ungkapan yg aku boleh cakap. Honestly, PAC (or pra-PAC) kali ni tak sesusah yg aku pergi kali pertama dulu. Kali ni aku lebih relaks, tenang dan lebih konfiden. Sukatan kali ni lbh mudah. Cuma ada 3 aktiviti. Aktiviti 1 group discussion. Topik? Malaysia as my second home program is a lost or gain to Malaysia tourism industry? Aku pernah dengar Malaysia as my second home program tp tak pasti sangat syarat2 dan conditionnya. Nasib baik abg yg conduct tu diskas dulu pasal Malaysia my second home program sblm sesi bermula. Dia bg idea Malaysia as my second home program psl apa. Lps tu baru dia bg full topic and we start to discuss in English. At the end of the session, abg tu mintak sorg peserta ni buat conclusion mungkin sbb dia kurang participate dalam discussion tu.

Aktiviti 2 lebih kepada debat. Tp bukan debat ala parlimen. Kali ni debat yg lebih mudah. Masih ada pencadang dan pembangkang tp x perlu ikut protokol parlimen. Topiknya Rukun Tetangga adalah lebih baik dari Sistem Kawalan Keselamatan Berteknologi Tinggi. Aku dipihak pencadang.

Aktiviti 3 adalah aktiviti padang. Boleh tak INTAN tak sediakan bilik utk tukar baju? Aku kena la tukar baju dekat toilet (toilet bersih, nasib baik)..Solat dekat surau. Peserta wanita ramai sgt dan bayangkan ruang solat muslimah kecik je. Belasah je la. Dengar cerita, semlm hujan dan aktiviti 3 berlangsung kat dewan. Malangnya, hari ni cuaca panas terik. Kena la pergi padang bola sepak tu. Mmg sangat2 panas. Mula2 start dengan senamrobik. Dua lagu; Aspalela dan 1 lagu Hindi. Kena create step senamrobik dan kami mmg dah dibahagikan dalam kumpulan. Aku mmg tak reti langsung nak reka step dan jadinya aku x participate sangat dalam memberi idea. Habis potong markah. Lps habis senamrobik 2 lagu, kena buat 5 senaman asas. Kali ni mmg tough sangat. Pertama tepuk lalat 90 kali, kedua lompat bintang 30 kali, yg ketiga ni aku x ingat amende tp 30 kali jugak, keempat sit up 20 kali dan terakhir pumping (betul ke eja?) 20 kali. Aku tak buat yg terakhir tu sbb aku tak tau tu yg terakhir..Dia cuma sebut senaman kelima dan aku bajet ada lg lps tu. Masa tu aku rasa nak pitam.Keliling aku, aku dah nampak gelap. Org pun aku dah nampak kabur. Cuaca panas terik. Masa senaman ketiga aku dah rasa mcm tu tp aku paksa diri sbb aku tau aku dinilai. Tp yg kelima ni aku dah tak boleh sangat dah. Badan pun dah rasa sejuk dah. Aku tak nak menyusahkan org kalau tiba2 aku pitam kat situ. Lebih baik aku quit sblm apa2 jd. Sedih sangat sbb tu senaman terakhir..mmg rasa sangat2 kecewa. Nampak gaya xde rezeki la aku nak dapat PTD. Lps quit tu, mmg aku amik masa nak pulihkan diri aku. Lama jugak la aku duduk sbb aku masih nampak sekeliling gelap dan kabur.Ni la jadinya kalau badan x fit dan jarang bersenam.

Kalau ada rezeki, ada la..Takde rezeki, cuba je la lg.

Nak cerita ni kenapa dia panggil Pra PAC. Sbb ambilan PTD kali ni adalah secara kontrak 2 tahun. Dalam tempoh 2 thn,kena habiskan 6 module dan perlu lulus.6 module tu termasuk PAC, DPA dan 4 module lain. Lps tu barulah dilantik tetap. Susahkan sekarang ni?

Aku amik MC 12/12, Isnin lak aku mmg dah apply cuti 2 mggu lps.Masa aku apply tu, aku tak tau ada Pra PAC ni..Confirm Selasa ni aku kena marah sbb aku ada byk report nak kena buat masa 12/12 tu..hehehe…Dah la opis call, aku x dapat jawab. Masa tu tgh assessment, takkan nak jawab kan? Lantak la..belasah je nanti..

Habis pra PAC, aku gi rumah pakcik aku kat Kuala Berang. Ayah aku pergi Sg Lembing, dia ada hal kat sana. Jauh rupanya Kemaman ngan Kuala Berang.2 jam lebih perjalanan.huhu..Esoknya, pakcik aku hantar aku, mak dan adik gi Kuala Besut lak..Another 1 and half hour journey. Letih!!! Ptg tu pulak gi Kota Bharu tgk nenek sedara aku sakit. Tu pun 1 and half hour journey. Mlm aku tidur awal and off hp sampaikan S call pun x dapat..hehe..

Patutnya nak blk KL Ahad mlm, tp xde tiket pulak.Terpaksa la blk Isnin mlm..Selasa pulak pagi2 nak pergi kerja..Alahai penatnya…

No comments: